Miera Liyana yang Terlebih Seksi

Miera atau lebih mesra dengan panggilan Nana ini lahir pada 28 Ogos 1993 dan berasal dari Johor. Sekarang, Miera Liyana dah besar panjang dan sebelum ini pernah berlakon lebih 20 drama termasuklah drama Kamelia Katrina dan juga sebuah filem pertama Apokalips, filem Mamat Khalid yang sedang menunggu masa ditayangkan.

Saat ditanya, tidakkah dia bimbang pakaiannya malam ini akan mencetuskan kontroversi, Miera Liyana, pelakon drama Kamelia Katrina memberitahu wartawan Galaksi, “Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan.”