Kerdipan populariti Siti Saleha Mahat

Siti Saleha Mohd Baharum atau Siti Saleha,Gadis manis berusia 21 tahun ini sudah bergelumang dengan dunia penuh glamor ini sejak berusia 13 tahun.Gadis berdarah campuran Melayu/British ini nekad untuk menumpukan secara serius profesion lakonan yang diceburinya berlandaskan bakat yang ada.

Sebagai penyuluh aksi, kelibatnya menjengah ke mata ramai sebagai gadis penyeri iklan komersial. Dari satu titik kecil, dia menjadi putik yang sedang berkembang. Benang sari daripada kelopaknya mulai manis di mata ramai, lantas satu demi satu peluang diraih.

Dalam tempoh dua tahun, wanita yang mesra dibahasakan Siti itu sedang enak menggilap tumpuan. Hasilnya sudah disaksikan menerusi Habil dan Qabil, Awan Dania, Ustaz Amirul dan terbaru Sudu dan Garpu. Kerdipan populariti sudah terbias ke wajahnya dan Siti harus bersedia privasinya tidak seperti dahulu.